Thursday, September 3, 2009

Diari Semalam...

27 Ogos..
Hari ini pelajar Penulisan Kreatif mendapat tugasan baru!Sejauh mana kreativiti mahasiswa ini dalam menyulam kata melahirkan sebuah blog berasaskan lagenda laksamana hang tuah..Kemudian menjahit keping-keping idea tersebut mencipta sebuag cerpen..ini cabaran Dr. Mawar!..seharum mawar di kebun bunga...Yah!Akan ku sahut cabaran tersebut seteguh dan seutuh semangat Laksamana Hang Tuah tersebut!


28 Ogos..
Kekusutan fikiran dalam memperjuangkan tugasan dan cabaran dari Dr. Misran pula...presentation secara berkumpulan yang juga dalam subjek penulisan kreatif..Walau sehebat mana cabaran mencari jawapan kepada persoalan metafora, personafikasi, simile, eufinisme, serkomlukasi, simbolisme, dan inverse akhirnya memberi kelegaan sesegar embun pagi di hati kami...

29 Ogos..
Hari ini dilalui dengan penuh kejutan..bukan untukku..tetapi untuk rakankku yang menyambut hari kelahirannya..Kegembiraan ini dilalui dengan penuh bahagia ibarat kebahagiaan hang tuah lima bersaudara.. bezanya..kami hanya berempat..hee..


30 Ogos..
Masih dalam menjalani ibadah puasa...uh!detik2 yang dilalui hari ini agak membosankan...kerana hanya seharian di istana kaca (bilik di KTHO) dan menyiapkan lambakan assigment..huh!





31 Ogos...
Hari kemerdekaan Malaysia....Merdeka!Merdeka!Merdeka!


1 Sept...
Hari yang amat stress!!pelbagai onak dan duri terpaksa dilalui..urm!mals nak cerita kerana amat menyakitkan..Hanya sesuatu yang menarik yang perlu dikaitkan adalah ketika berkunjung ke rumah Dr. Asiah pada petang itu.. Tertarik sebuah perbualan yang membincangkan tentang silat melayu..Menarik!Membuatkan aku mengimbau kehandalan Laksamana hang tuah yang terkenal dengan kesetiaannya kepada raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya pada saat itu...

2 Sept...
Yah! maka..terbinalah blog ini pada detik ini..Mungkin agak terlewat...tetapi ia tetap berhasil...dan tatkala entry ini tercoret sebenarnya kerana melayan kebosanan yang melanda dalam diri...yep!mata ini juga tidak mahu terlena...amsonia spesifiknya telah menyelubungi diri sejak kebelakangan ini..Dan detik ini aku hanya menanti sehingga jam 8am untuk menimba ilmu dalam kelas Dr. Mawar sebentar lagi...

Caw!Roger N Out!

No comments:

Post a Comment