Friday, September 18, 2009

Jari jemari menari-nari...



16 september..
antara suka xsuka, rela dan terpaksa...
aku...si kaki repot nadi bangi..
menari2 seharian di dalam bilik penerbitan..
bagi menyiapkan nadi bangi kami...
bukan menari menggunakan kaki...
tetapi..
jari jemari sahaja yang menari di keyboard komputer...
bersama-sama wartawan yang lain...
kami mengerah tenaga..
akhirnya siaplah 70% nadi bangi kami ini...
selepas naik Raye Aidilfitri nanti..
semua wartawan akan mengerah tenaga lagi bagi menyiapkan baki 30% lagi...
Tuah! bersedialah!
kerana..
situasi ini juga yang bakal dilalui oleh kamu TUAH!




mElawat sahabat y ditimpa musibah...



Tuah begitu sayangkan 5 sahabatnya...
begitu juga dengan hamba!
sahabat hamba telah ditimpa musibah..
kemalangan jalan raya...
15 september..
hamba bersama 2 lagi sahabat hamba yang lain
telah melawat sahabat hamba yang kemalangan tersebut..
di hospital Melaka..
dimana banyaknya sejarah Hang Tuah juga tercipta..
sayu hati hamba tidak terkata melihat keaadannya...
Hamba berdoa supaya sahabat hamba akan segera sihat seperti sediakala..
Amin...

Kerjaya Baru Tuah!



Si Tuah yang bakal berjinak2 dengan dunia kewartawanan.....

Pujangga Tuah!

"Alangkah sukarnya membuat keputusan
Untuk setia kepada raja yang zalim
Dan menzalimi kawan yang setia
Bukan mudah untuk membuat pertimbangan
Di antara membantah seorang tuan
Dan pentingnya mempertahankan ketuanan
Melawan kerenah seorang raja
Dan memelihara sebuah kerajaan."

”(Pujangga Tidak Bernama hlm.3)




Dari petikan tersebut.... tercipta lagi sebuah idea...ingin menjadikan hang tuah  ciptaan hamba yang begitu taat kepada ETIKA KEWARTAWNAN.. 
taat kepada  KERJAYANYA.....sanggup melepaskan kekasihnya yang juga sahabatnya yang ingin memanipulasikan fakta??.....
 BAGAIMANA?MENARIK?

Santapan bersama saudara..

14 september..
berbuka puasa bersama sahabat2 fakulti..MENTION!
bukan bersama y islam sahaja..malah y bukan beragama islam juga bersama kami...
1malaysia!




Teringatkan asgment laksamana hang tuah!bakal menjadi WARTAWAN!
sahabat2 ini jugalah yang akan bersama2 bakal menjadi WARTAWAN!...

Wednesday, September 16, 2009

Senjata Laksamana Hang Tuah!

Jika dahulu...
senjata LAKSAMANA HANG TUAH adalah keris!

SENJATA Hang Tuah ciptaan hamba kini....
hANyAlAh...

Sebatang pen yang ditemani oleh helaian-helaian kertas yang tidak mampu bersuara TETAPI mampu berbicara

Tuntutan Sang Maharani!

Tatkala jari jemari ini sedang menari2 di landasan keypad komputer...
fikiran hamba sedang terbang melayang ke arah satu cahaya yang masih lagi kabur....
memikirkan TUNTUTAN Sang Maharani Dr Mawar....
meminta semua rakyat jelatanya membawa tajuk cerpen...
hari itu BAKAL tiba...
yah!semakin hampir...
tidak sampai sepurnama lagi..
hamba perlu menyembah ke bawah duli..
sebelum kepala hamba dipancung!
sebelum nyawa hamba dicabut!
hamba perlu siapkan segala persiapan..
supaya hamba terus diterima di BUMI BERTUAH ini!
berilah hamba jalan..
mencari tajuk tersebut...

Tuesday, September 15, 2009

Si dagang perantau~

Hamba ini dagang perantau..
anak dagang yang sedang meratau...
layakkah hamba untuk  dirantau??
kerna hamba tatau apa itu rantau??
PANTUN KER NE??(merepek je..toksah layan)

Sebenarnya 13 september..
hamba diundang untuk menghadiri kelas ganti Dr.Mawar...
Kepenatan semalam disungai lepoh membuatkan hamba kurang fokus terhadap cotehan Dr mawar..(im sory)
fikiran hamba melayang2 di katil empuk milik puteri santubung..
alagkah bahagianya saat itu kiranya hamba dapat beradu...
dalam fikiran hamba secara tiba-tiba membuahkan suatu idea...
ingin menjadikan Hang Tuah di BIDANG KEWARTAWANAN..



Adakah ia sesuatu yang menarik???
hamba akan terus gali..gali dan mengali lagi idea hamba itu...
sehingga ia berjaya menghasilkan sebuah cerpen 1st clas!YEah!

Berbicara tentang Hang Tuah dan Hang Jebat~

Siapakah wira kita???
Hang Tuah atau Hang Jebat? 
Hurm...
Ada yang menyanjung Hang Tuah kerana KESETIAANNYA kepada raja Melaka...
Ada yang menyanjung Hang Jebat kerana MENUNTUT KEADILAN...

Siapakah yang sebenarnya MENDERHAKA
Si Jebat yang menderhaka kepada Raja Melaka??
ATAU
Si Tuah yang menderhaka kepada persetiaan persaudaraannya terhadap Si Jebat? 

Siapa pula yang BELOT???
Si Jebat yang belot kepada Raja Melaka???
ATAU
Si Tuah yang belot kepada saudaranya Jebat? 

Hang Tuah di ingatan....

Hari ini 12 sept...
Ketika embun masih lagi bekerja...
Panas mentari masih lagi berselimut..
hamba terbang dengan tunggangan 4 roda ke Sungai Lepoh!
ya!
ada tanggungjawab yang wajar hamba laksanakan hari ini..
KURSUS ASAS FASILITATOR 
D CHALET SUNGAI LEPOH, HULU LANGAT~
kepenatan...fuh!jelas terase..
tetapi..
hamba kuatkan semangat ..
kerana..
hamba terbayang2 KERINGAT HANG TUAH tidak pernah mengenal erti PENAT!yah!

Saturday, September 12, 2009

11 Sept...

Hari ini kulalui kehidupan seperti selalu..
seperti sebelum2nya...
hari yang penuh dengan kuliah...
hurm...
sesuatu!
telah menghantar tajuk untuk KERTAS PROJEK sem akhir..
Perbandingan Drama dan Filem : Penerimaan Di Kalangan Masyarakat!hee..
wish me luck!
harapan yang tinggi menggunung agar tajuk ini diterima..
waktu malam...
sedikit meeting ringkas PMFFSK..
berkenaan dgn kursus TOT esok dan ahad..
bertempat di Sungai Lepoh!
aduyaiii!!!
ahad pula ada kelas DR. MAWAR..
hurm...
bagaimana?!!!

Friday, September 11, 2009

Kelmarin..

7 Sept..
Cuti...Nuzul Quran....



8 Sept...
Shooting!!
Psa 'jOE'...tentang erti kemerdekaan
sungguh memenatkan...
di tambah dengan hujan yang renyai2..
inilah dugaan di bulan ramadhan....
The X Stooges Production!! + Apple Production!!

 

9 sept...
Menyambung lagi shootg tok pSA..
hari yang panas terik...
yer...dugaan...
sekuat hati pahlawan melayu..Laksamana Hang Tuah!

10 Sept..
Kelas Dr. Mawar...
diarahkan meletakkan Hang Tuah di sesuatu bidang...
pada mulanya terfikir menjadikan Hang Tuah sebagai seorang palapes (askar) idea yang datang kerana tinggal di Ktho..
tetapi..
memandangkan ada saingan yang ingin menjadikan Hang Tuah seorang anggota polis...
idea itu terpaksa dikuburkan...
urm...mungkin ingin menjadikan Hang Tuah di bidang kewartawanan??
hurm..
masih difikirkan..
Habis kelas Dr. Mawar ader pitching dokumentari...
Yeah!!!Johan berpihak kepada kami!!Kumpulan Terbaik!
VISION STUDIO PRODUCTION!!!
TAHNIAH!!
kemudian pergi menemuramah pula Dr. Emeritus Sham Sani..
untuk kerja NADI BANGI..
kemudian..
ke ladang burung unta!ada sedikit penyelidikan yang perlu dilakukan...
malam ada kelas apresiasi skrin pula...
waaa!!!hari y sungguh memenatkan.tanpa rehat~!
huh!
dan...
ku layu dibahtera tanpa nyawa...

Sunday, September 6, 2009

HiKaYaT HAnG TuaH



Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama ADIPUTRA di GUNUNG LEDANG. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama TAMING SARI. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat  yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.
Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.
Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja DERHAKA kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.
SUMPAH yang terkenal daripada Hang Tuah ialah TAK MELAYU HILANG DI DUNIA yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini.

6 Sept...

HaRi YaNg TiDaK bEgItU cERaH...
rInTiK-rInTiK hUJaN jUgA TiDaK BeGiTu RaKuS mElAbUhKaN pUNGgUngNYa kE bUmI..
AkU mEnYePiKAn DiRi Di DaLam beLuKaR KAca..
MeNoNtOn wAyANg HikAyAt SaNdIwArA KlAsIk dUniA HANG TUAH...
SekAdAr UnTuk mEnCaRi ILHAM yAnG mAsIh berSeLaPuT DiDaLaM fIKiRaNku...  

Lembaran lalu..

3 Sept...
Hari ini kelas Dr. Mawar buat kali kedua..
'Penulisan Kreatif'' tetapi, kreatifkah aku??
Seperti yang lainnya kami diberi ilmu yang tidak ternilai...
Juga kata nasihat yang tidak terhingga tinggi nilainya..
Tayangan sedikit cerita klasik lama 'Hang Tuah' membuka mataku untuk terus berkarya dengan SENI yang masih tidak aku temui.. 

4 Sept..
Di kelas Rencana Siaran dan Dokumentari...
bersandarkan pada 1 fahaman kami pitching...
Yah!Dengan TUAH yang ada, kami berjaya melakukannya...
Dengan satu harapan agar semuanya berjalan dengan lancar..
Dengan TUAH yang ada pada hari jumaat ini aku telah mendapat suatu idea untuk projek dokumentari!
Apa dia??masih rahsia...ia masih idea terpendam..


 5 Sept...
Hari ini sememangnya benar2 bertuah kerana aku mengikuti lawatan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PMFSSK) ke MUZIUM NEGARA dan juga MUZIUM KESENIAN ISLAM...
Benar2 suatu khabar gembira.....
Menyaksikan pelbagai bentuk khazanah negara...
Yah! aku berjumpa dengan Laksamana Hang Tuah dalam bayangan....

Thursday, September 3, 2009

Diari Semalam...

27 Ogos..
Hari ini pelajar Penulisan Kreatif mendapat tugasan baru!Sejauh mana kreativiti mahasiswa ini dalam menyulam kata melahirkan sebuah blog berasaskan lagenda laksamana hang tuah..Kemudian menjahit keping-keping idea tersebut mencipta sebuag cerpen..ini cabaran Dr. Mawar!..seharum mawar di kebun bunga...Yah!Akan ku sahut cabaran tersebut seteguh dan seutuh semangat Laksamana Hang Tuah tersebut!


28 Ogos..
Kekusutan fikiran dalam memperjuangkan tugasan dan cabaran dari Dr. Misran pula...presentation secara berkumpulan yang juga dalam subjek penulisan kreatif..Walau sehebat mana cabaran mencari jawapan kepada persoalan metafora, personafikasi, simile, eufinisme, serkomlukasi, simbolisme, dan inverse akhirnya memberi kelegaan sesegar embun pagi di hati kami...

29 Ogos..
Hari ini dilalui dengan penuh kejutan..bukan untukku..tetapi untuk rakankku yang menyambut hari kelahirannya..Kegembiraan ini dilalui dengan penuh bahagia ibarat kebahagiaan hang tuah lima bersaudara.. bezanya..kami hanya berempat..hee..


30 Ogos..
Masih dalam menjalani ibadah puasa...uh!detik2 yang dilalui hari ini agak membosankan...kerana hanya seharian di istana kaca (bilik di KTHO) dan menyiapkan lambakan assigment..huh!





31 Ogos...
Hari kemerdekaan Malaysia....Merdeka!Merdeka!Merdeka!


1 Sept...
Hari yang amat stress!!pelbagai onak dan duri terpaksa dilalui..urm!mals nak cerita kerana amat menyakitkan..Hanya sesuatu yang menarik yang perlu dikaitkan adalah ketika berkunjung ke rumah Dr. Asiah pada petang itu.. Tertarik sebuah perbualan yang membincangkan tentang silat melayu..Menarik!Membuatkan aku mengimbau kehandalan Laksamana hang tuah yang terkenal dengan kesetiaannya kepada raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya pada saat itu...

2 Sept...
Yah! maka..terbinalah blog ini pada detik ini..Mungkin agak terlewat...tetapi ia tetap berhasil...dan tatkala entry ini tercoret sebenarnya kerana melayan kebosanan yang melanda dalam diri...yep!mata ini juga tidak mahu terlena...amsonia spesifiknya telah menyelubungi diri sejak kebelakangan ini..Dan detik ini aku hanya menanti sehingga jam 8am untuk menimba ilmu dalam kelas Dr. Mawar sebentar lagi...

Caw!Roger N Out!

Siapa Laksamana Hang Tuah???

Laksamana Hang Tuah...
Seorang Pahlawan Legenda Berbangsa Melayu...
Pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15...
(Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D....

Menurut rekod sejarah...
Laksamana Hang Tuah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka. Kira-kira dalam tahun 1444 A.D.
Bapanya bernama Hang Mahmud..
Ibunya Dang Merdu Wati..
Bapanya pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dahulu..
Ibunya pula merupakan keturunan dayang di istana..

Siapa Dayang istana???

Dayang istana...
Hanyalah sebuah nama...
Bagi insan biasa...
Yang melakukan sesuatu yang biasa..
Dengan usaha yang luar biasa..
Dan mengharapkan impak y luar biasa...
Jika dibandingkan antara Dayang Istana ini dengan Laksamana Hang Tuah..
Tiada apa yang istimewa..
Melainkan terSANGAT ISTIMEWA... huehue...
Dayang istana..
Sekadar samaran bagi Nuraini Selamat...
Matrik number A116374..
Student Ukm...
Subjek Pb: Penulisan Kreatif SKMM2083...

Wednesday, September 2, 2009

Salam Perkenalan...


Tujuan Blog ini adalah sebagai salah satu assigment Penulisan Kreatif SKMM2083...
Tugasannya ialah membuat blog tentang diri saya hampir setiap hari yang dikaitkan dengan Hang Tuah!
kemudian...
Menulis cerpen berasaskan Hang Tuah berdasarkan catatan jurnal inie...
Menarik!!!
tapi, hakikatnye saya masih blur...
apa yang wajar dikaitkan antara 'dayang istana' dengan hero bangsa itu??

Nantikan kemunculan...
'Dayang Istana vs Laksamana Hang Tuah'
di episod yang akan datang!